Jumat, 06 April 2012

Agama Indonesia

Islam di Indonesia merupakan agama yang terutama, dengan bilangan penganut yang terbanyak. Bilangan ini telah menyebabkan Indonesia menjadi negara yang mempunyai paling banyak orang Islam di dunia. Mengikut data banci untuk tahun 2000, laporan Biro Pusat Statistik Indonesia (BPS) menunjukkan kandungan agama Indonesia seperti berikut:
  • Islam: 88.22% (210 juta pada 2004)
  • Protestan: 5.87%
  • Katolik: 3.05%
  • Agama Hindu: 1.81%
  • Agama Buddha: 0.84%
  • Lain-lain: 0.2%, termasuk kumpulan agama Yahudi, dan agama Kristian yang lain.
Kandungan agama di negara Indonesia masih merupakan satu persoalan politik yang sangat hangat, dengan sesetengah orang Kristian, Hindu, dan ahli-ahli agama minoriti yang mendakwa bahawa banci itu telah kurang menghitung orang bukan Islam.
Kebanyakan orang Islam di Indonesia adalah daripada cabang Sunni. Orang yang mengikut cabang-cabang Islam yang lain tidak banyak, termasuk Shia yang mempunyai kira-kira 100,000 orang penganut di seluruh negara. Secara amnya, komuniti Islam aliran utama terdiri daripada dua orientasi:
  • "pendukung pemodenan" yang mengikut teologi ortodoks kitab agama dengan rapi semasa merangkum pengetahuan dan konsep-konsep moden;
  • "tradisionalis" yang kerap kali merupakan pengikut cendekiawan agama berkarisma yang menguruskan diri di sekolah-sekolah berasrama Islam. 
Sumber : Wikipedia

Tidak ada komentar:

Posting Komentar